Wednesday, June 27, 2012

Rumah Anak Kesayanganku

RUMAH ANAK KESAYANGANKU (BUKIT BERUNTUNG SELANGOR) PENGHUNI RUMAH ANAK KESAYANGAN: PUSAT JAGAAN & BIMBINGAN ANAK YATIM & FAKIR MISKIN | | PUSAT KEBAJIKAN ASNAF ZAKAT | | PUSAT PENGAJIAN ANAK KESAYANGANKU | | PUSAT LATIHAN PENTERNAKAN & PERTANIAN PROFILE RUMAH ANAK KESAYANGANKU Rumah Anak Kesayanganku (RAK) dimulakan pada 5hb Januari 2007 bersempena dengan Awal Muharam. RAK merupakan sebuah rumah kebajikan yang menempatkan seramai 50 orang anak-anak yatim dan anak-anak fakir miskin, ibu tunggal dan golongan yang layak menerima zakat. RAK berpegang kepada motto : Nikmat Untuk Berkhidmat. Kekayaan untuk di agih–agihkan, kesenangan dan kebahagiaan adalah untuk dikongsikan sesama insan. o Justifikasi Sejarah telah membuktikan di mana Rasululah SAW sendiri dikenali sebagai anak yatim. Malahan kebanyakan orang Tuhan seperti Rasul-rasul dan Nabi-nabi sejak kecil lagi dipisahkan dari ibu dan ayahnya. Ini adalah kerana orang yang dibesarkan oleh ibu dan ayahnya selalunya bersandar semata-mata dengan ibu dan ayah menyebabkan dia terlupa untuk bersandar dengan Tuhan. Oleh kerana itulah maka orang Tuhan telah Tuhan pisahkan daripada ibu dan ayah supaya dia kuat bersandar dengan Tuhan. Kalaupun ibu dan ayahnya tidak mati sepertimana Nabi Yusuf tetapi dia tetap terpisah dari ibu dan ayahnya selama 40 tahun. Malahan para Imam seperti Imam Syafie dan Imam Ghazali juga telah terpisah dari ibu dan ayahnya semenjak kecil. Oleh itu, menjadi anak yatim bukan satu penghinaan tetapi Tuhan hendak muliakan. o Mengapa RAK ditubuhkan Terpanggilnya pengasas RAK untuk membuka sebuah Pusat Kebajikan bagi anak-anak dan remaja ini adalah kerana latar belakang beliau sendiri yang telah kematian ayah semenjak berumur 8 tahun. Ia juga selaras dengan anjuran dari Tuhan yang mewajibkan ke atas pembelaan anak yatim. Malah dalam satu hadis terkenal Rasulullah menyebut bahawa ; “ Aku dan pembela anak-anak yatim di dalam syurga dekatnya seperti 2 jari ini” - Mafhum Hadith - o Mengapa nama RAK dipilih Rumah : Lambang tempat perlindungan dan mendapatkan kasih sayang Anak Kesayangan : Anak-anak yatim dan fakir miskin serta anak-anak yang layak menerima zakat adalah anak-anak kesayangan Allah dan Rasul. Maka sesiapa yang mengasihi dan membela mereka mendapat ganjaran besar di sisi Allah dan Rasul. Mereka harus dianggap sebagai anak angkat yang diberikan kasih sayang dan pembelaan. Ini berdasarkan sebuah kisah di zaman Rasulullah SAW yang mana ketika baginda dalam perjalanan hendak menunaikan solat AidilFitri, ternampak baginda seorang kanak-kanak yang sedang menangis teresak-esak dan tidak gembira seperti kanak-kanak yang lain. Rupanya bila ditanya oleh oleh Rasulullah SAW, kanak-kanak itu sudah tiada ayah kerana syahid di medan juang. Akhirnya kanak-kanak bertuah ini diambil oleh Rasulullah SAW sebagai anak angkatnya. Begitulah sekali anak-anak yatim ini diambil berat dan perhatian oleh Rasulullah SAW. Ku : Kami ingin mengajak setiap orang merasakan bahawa anak-anak yatim ini merupakan tangungjawab bersama sebagai amanah yang harus dipikul bagi memastikan golongan ini terbela dunianya dan Akhiratnya. o Visi & Misi 1- Kami melihat generasi anak yatim adalah suatu golongan yang sebenarnya amat berpotensi untuk dibentuk menjadi asset yang tidak ternilai kepada Negara. Mereka ini jika digilap potensinya akan berpeluang menjadi pemimpin-pemimpin dimasa hadapan. 2- Di dalam program harian dan aktiviti anak-anak ini, ilmu-ilmu membangunkan jiwa dan insane ini sangat ditekankan. Bahkan mereka turut dilatih kea rah menjadi orang yang sangat peka membimbing kawan-kawan senasib sehinga boleh menjadi pakar motivasi dan kaunseling yang sangat diperlukan bagi membimbing para remaja. 3- Melalui RAK, kami mengharapkan setiap usaha dan kerja amal ini semakin menjadi budaya masyarakat Malaysia yang terkenal dengan keprihatinannya. o Pendidikan di RAK Aktiviti harian : 1-Kelas Pengajian dan Bimbingan Agama : Kelas Hafazan Al-Quran  Kelas Pengajian Ilmu Wahyu – Feqh, B Arab, Tafsir, Hadis, Sirah, Aqidah, Tasawuf, Khat  Kelas Praktikal Tajwid Dan Ilmu Al-Quran 2- Kelas Tuisyen Akademik :  Bahasa Malaysia  Bahasa English  Matematik, Sains, Sejarah Aktiviti mingguan :  Latihan Teori Dan Amali Keusahawanan  Kelab Bahasa Arab  Kelab Perbahasan Ilmiah  Latihan Syarahan Dan Motivator  Kelab Kemahiran Puteri ( Kelas Masakan/ Jahitan/Kraftangan )  Kelab Kemahiran Putera ( Kelas Komputer/ Latihan Pertukangan, Penternakan )  Praktikal Solat Dan Fardhu Ain UNTUK MAKLUMAT TAMBAHAN BOLEH LAYARI : www.anakkesayanganku.com UNTUK MENGHUBUNGI RUMAH ANAK KESAYANGANKU : No HP: 013- 636 4956 / 019 - 239 9313 - No Tel : 03 6020 1358 Fax: 03 6020 1366 Email: rumahanakkesayanganku@yahoo.com

No comments:

Post a Comment