Wednesday, June 27, 2012

LATIHAN KEMAHIRAN


     LATIHAN KEMAHIRAN

 o   Muqaddimah

 Kami berpegang kepada dasar pendidikan bahawa sistem pendidikan yang terbaik adalah gabungan di antara pengajian dan kemahiran. Seorang pelajar yang mithali harus bukan sahaja dapat menguasai bidang akademik tetapi harus juga berjaya di bidang kemahiran  yang akan menjadikan dia satu peribadi yang mampu berhadapan dengan segala cabaran kehidupan di masa hadapan.

o   Justifikasi

Program Latihan Kemahiran ini diwujudkan adalah bagi menyahut seruan Baginda Rasulullah SAW yang menyatakan bahawa 9/10 rezeki itu adalah dari perniagaan. Ia juga selaras dengan sunnah Rasulullah SAW yang sedari kecilnya telah berdagang hingga ke negeri Syam. Situasi Baginda ketika itu selaku anak yatim piatu yang berjaya dalam bidang perniagaan yang diceburi oleh Baginda akan memberi inspirasi dan semangat kepada anak-anak yatim di bawah naungan Rumah Anak Kesayanganku bahawa golongan seperti mereka mempunyai peluang besar dalam mencontohi dan menelusuri kehidupan Rasulullah SAW.

 o   Matlamat Latihan


Latihan kemahiran ini bermatlamat tinggi bagi :

1-      Menambahkan kemahiran dan aktiviti tambahan bagi golongan anak yatim dan ibu tunggal
2-      Mewujudkan peluang pekerjaan dan idea bagi golongan ini menampuang kehidupan mereka di masa hadapan .
3-      Membiasakan golongan ini dengan persekitaran perniagaan yang mencabar yang akan memberikan mereka daya saing di hari muka kelak
4-      Mencipta punca pendapatan tambahan yang akan dapat menjadi sumber bagi Rumah Anak Kesayanganku.
5-      Memberi peluang bagi golongan ini untuk berdikari dan tidak sekadar mengharap bantuan dan sumbangan semata.








No comments:

Post a Comment