Pusat Jagaan dan bimbingan anak-anak yatim dan anak-anak fakir miskin, ibu tunggal dan golongan yang layak menerima zakat
Wednesday, June 27, 2012
RAMADHAN KARIM
Kepada:
Yang berbahagia / Yang dihormati... Tan Sri / Dato’ / Datin / Tuan / Puan,
MEMOHON
SUMBANGAN DANA DAN KEPERLUAN UNTUK MEREKA YANG MEMERLUKAN
Merujuk perkara di atas, adalah kami bagi pihak penjaga dan pengurusan penghuni Rumah Anak Kesayanganku ( RAK ) yang kini menaungi 170 orang penghuni sangat mengalu-alukan para dermawan yang ingin bersama-sama kami dalam membela anak-anak yatim, anak-anak fakir miskin, dan golongan yang sangat memerlukan serta menghiburkan bersempena dengan ketibaan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan, yang mana di bulan Ramadhan ini setiap amal kebaikan diberi ganjaran yang berlipat ganda dari Allah SWT.
2- Sebagai makluman, Rumah Anak Kesayanganku (RAK) adalah sebuah rumah amal persendirian yang mula beroperasi pada awal Januari 2007 bermula dari 10 orang anak - anak yatim dan kini telah menampung 200 orang yang terdiri daripada170 penghuni yang lain tinggal di 10 rumah-rumah yang disewa sebagai asrama-asrama RAK dan 30 pelajar - pelajar RAK yang menyambung pelajaran di Jordan. Alamat Rumah Utama RAK ialah: No.24 Jalan Anggerik, Seksyen BB4, 48300 Bukit Beruntung.
3- Kami juga amat berbesar hati di atas sebarang lawatan dan kunjungan dari mana-mana pihak yang sudi bersama-sama kami dalam membangunkan kerja-kerja amal di RAK, agar anak-anak ini dapat kehidupan dan pendidikan yang sempurna serta menjamin kehidupan mereka bukan sahaja didunia tapi yang terpenting demi kehidupan di akhirat sana.
4- Berikut adalah senarai keperluan penghuni RAK untuk menyambut kedatangan Ramadhan dan Syawal:
TAJAAN BERBUKA PUASA (KOS SEHARI) RM 10 X 170 = RM 1,700.00
TAJAAN SAHUR (KOS SEHARI) RM 6 X 170 = RM 1,020.00
TAJAAN PAKAIAN RAYA(SEPASANG LENGKAP) RM 90 X 170 = RM 15,300.00
JEMPUTAN BERBUKA PUASA & HARI RAYA.
SUMBANGAN DUIT RAYA UNTUK 170 ORANG PENGHUNI.
SUMBANGAN DUIT RAYA & PAKAIAN RAYA UNTUK PELAJAR-PELAJAR RAK YANG DI JORDAN (30 ORANG)
5- RAK juga amat mengalu-alukan sumbangan berbentuk zakat, fidyah dan sedeqah jariah untuk menampung keperluan harian seperti bil api air 10 asrama, kos pengangkutan ke sekolah, belanja harian, kos perubatan dan pendidikan, membaik pulih prasarana bangunan sekolah dan asrama-asrama serta Pusat Latihan.
Segala keprihatinan dan kemurahan hati pihak Tuan/Puan kami dahului dengan jutaan terima kasih, beserta do’a dari seluruh penghuni RAK agar sentiasa mendapat keredhaan dan kebahagiaan dari Allah SWT.
Yang diamanahkan
Pengurus Perhubungan RAK No HP: 013-6364956/ 019-2399313 - No Fax: 03-6091 5023
Email: rumahanakkesayanganku@yahoo.com
Website : www.rumahanakkesayanganku.blogspot.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment