Wednesday, June 27, 2012

LATIHAN KEMAHIRAN


     LATIHAN KEMAHIRAN

 o   Muqaddimah

 Kami berpegang kepada dasar pendidikan bahawa sistem pendidikan yang terbaik adalah gabungan di antara pengajian dan kemahiran. Seorang pelajar yang mithali harus bukan sahaja dapat menguasai bidang akademik tetapi harus juga berjaya di bidang kemahiran  yang akan menjadikan dia satu peribadi yang mampu berhadapan dengan segala cabaran kehidupan di masa hadapan.

o   Justifikasi

Program Latihan Kemahiran ini diwujudkan adalah bagi menyahut seruan Baginda Rasulullah SAW yang menyatakan bahawa 9/10 rezeki itu adalah dari perniagaan. Ia juga selaras dengan sunnah Rasulullah SAW yang sedari kecilnya telah berdagang hingga ke negeri Syam. Situasi Baginda ketika itu selaku anak yatim piatu yang berjaya dalam bidang perniagaan yang diceburi oleh Baginda akan memberi inspirasi dan semangat kepada anak-anak yatim di bawah naungan Rumah Anak Kesayanganku bahawa golongan seperti mereka mempunyai peluang besar dalam mencontohi dan menelusuri kehidupan Rasulullah SAW.

 o   Matlamat Latihan


Latihan kemahiran ini bermatlamat tinggi bagi :

1-      Menambahkan kemahiran dan aktiviti tambahan bagi golongan anak yatim dan ibu tunggal
2-      Mewujudkan peluang pekerjaan dan idea bagi golongan ini menampuang kehidupan mereka di masa hadapan .
3-      Membiasakan golongan ini dengan persekitaran perniagaan yang mencabar yang akan memberikan mereka daya saing di hari muka kelak
4-      Mencipta punca pendapatan tambahan yang akan dapat menjadi sumber bagi Rumah Anak Kesayanganku.
5-      Memberi peluang bagi golongan ini untuk berdikari dan tidak sekadar mengharap bantuan dan sumbangan semata.








RAMADHAN KARIM


Kepada:

Yang berbahagia / Yang dihormati... Tan Sri / Dato’ / Datin / Tuan / Puan,

 MEMOHON
SUMBANGAN DANA DAN KEPERLUAN UNTUK MEREKA YANG MEMERLUKAN

Merujuk perkara di atas, adalah kami bagi pihak penjaga dan pengurusan penghuni Rumah Anak Kesayanganku ( RAK ) yang kini menaungi 170 orang penghuni sangat mengalu-alukan para dermawan yang ingin bersama-sama kami dalam membela anak-anak yatim, anak-anak fakir miskin, dan golongan yang sangat memerlukan serta menghiburkan bersempena dengan ketibaan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan, yang mana di bulan Ramadhan ini setiap amal kebaikan diberi ganjaran yang berlipat ganda dari Allah SWT.

2-   Sebagai makluman, Rumah Anak Kesayanganku (RAK) adalah sebuah rumah amal persendirian yang mula beroperasi pada awal Januari 2007 bermula dari 10 orang anak - anak yatim dan kini telah menampung 200 orang yang terdiri daripada170 penghuni yang lain tinggal di 10 rumah-rumah yang disewa sebagai asrama-asrama RAK dan 30 pelajar - pelajar RAK yang menyambung pelajaran di Jordan. Alamat Rumah Utama RAK ialah: No.24 Jalan Anggerik, Seksyen BB4, 48300 Bukit Beruntung.
3-     Kami juga amat berbesar hati di atas sebarang lawatan dan kunjungan dari mana-mana pihak yang sudi bersama-sama kami dalam membangunkan kerja-kerja amal di RAK, agar anak-anak ini dapat kehidupan dan pendidikan yang sempurna serta menjamin kehidupan mereka bukan sahaja didunia tapi yang terpenting demi kehidupan di akhirat sana.

4-   Berikut adalah senarai keperluan penghuni RAK untuk menyambut kedatangan Ramadhan dan Syawal:

 TAJAAN BERBUKA PUASA (KOS SEHARI) RM 10 X 170 = RM 1,700.00
 TAJAAN SAHUR (KOS SEHARI) RM 6 X 170 = RM 1,020.00
 TAJAAN PAKAIAN RAYA(SEPASANG LENGKAP) RM 90 X 170 = RM 15,300.00
 JEMPUTAN BERBUKA PUASA & HARI RAYA.

 SUMBANGAN DUIT RAYA UNTUK 170 ORANG PENGHUNI.
 SUMBANGAN DUIT RAYA & PAKAIAN RAYA UNTUK PELAJAR-PELAJAR RAK YANG DI JORDAN (30 ORANG)

5-     RAK juga amat mengalu-alukan sumbangan berbentuk zakat, fidyah dan sedeqah jariah untuk menampung keperluan harian seperti bil api air 10 asrama, kos pengangkutan ke sekolah, belanja harian, kos perubatan dan pendidikan, membaik pulih prasarana bangunan sekolah dan asrama-asrama serta Pusat Latihan.
Segala keprihatinan dan kemurahan hati pihak Tuan/Puan kami dahului dengan jutaan terima kasih, beserta do’a dari seluruh penghuni RAK agar sentiasa mendapat keredhaan dan kebahagiaan dari Allah SWT.

Yang diamanahkan
Pengurus Perhubungan RAK No HP: 013-6364956/ 019-2399313 - No Fax: 03-6091 5023
Email: rumahanakkesayanganku@yahoo.com
Website : www.rumahanakkesayanganku.blogspot.com

MAJLIS SILATURRAHIM DAN KASIH SAYANG Sambutan majlis silaturrahim sangat meriah , penghuni RAK bersama rumah-rumah anak yatim jemputan serta rumah OKU bukit beruntung.
Pusat jagaan Orang tua dan OKU Kirtash , Bukit beruntung, Selangor
Persatuan Ibu - Ibu tunggal Teratai , Bukit Beruntung, Selangor
Rumah Amal Petaling jaya
Suasan Jamuan
Persembahan dari Anak-Anak Rumah anak kesayanganku

Rumah Anak Kesayanganku

RUMAH ANAK KESAYANGANKU (BUKIT BERUNTUNG SELANGOR) PENGHUNI RUMAH ANAK KESAYANGAN: PUSAT JAGAAN & BIMBINGAN ANAK YATIM & FAKIR MISKIN | | PUSAT KEBAJIKAN ASNAF ZAKAT | | PUSAT PENGAJIAN ANAK KESAYANGANKU | | PUSAT LATIHAN PENTERNAKAN & PERTANIAN PROFILE RUMAH ANAK KESAYANGANKU Rumah Anak Kesayanganku (RAK) dimulakan pada 5hb Januari 2007 bersempena dengan Awal Muharam. RAK merupakan sebuah rumah kebajikan yang menempatkan seramai 50 orang anak-anak yatim dan anak-anak fakir miskin, ibu tunggal dan golongan yang layak menerima zakat. RAK berpegang kepada motto : Nikmat Untuk Berkhidmat. Kekayaan untuk di agih–agihkan, kesenangan dan kebahagiaan adalah untuk dikongsikan sesama insan. o Justifikasi Sejarah telah membuktikan di mana Rasululah SAW sendiri dikenali sebagai anak yatim. Malahan kebanyakan orang Tuhan seperti Rasul-rasul dan Nabi-nabi sejak kecil lagi dipisahkan dari ibu dan ayahnya. Ini adalah kerana orang yang dibesarkan oleh ibu dan ayahnya selalunya bersandar semata-mata dengan ibu dan ayah menyebabkan dia terlupa untuk bersandar dengan Tuhan. Oleh kerana itulah maka orang Tuhan telah Tuhan pisahkan daripada ibu dan ayah supaya dia kuat bersandar dengan Tuhan. Kalaupun ibu dan ayahnya tidak mati sepertimana Nabi Yusuf tetapi dia tetap terpisah dari ibu dan ayahnya selama 40 tahun. Malahan para Imam seperti Imam Syafie dan Imam Ghazali juga telah terpisah dari ibu dan ayahnya semenjak kecil. Oleh itu, menjadi anak yatim bukan satu penghinaan tetapi Tuhan hendak muliakan. o Mengapa RAK ditubuhkan Terpanggilnya pengasas RAK untuk membuka sebuah Pusat Kebajikan bagi anak-anak dan remaja ini adalah kerana latar belakang beliau sendiri yang telah kematian ayah semenjak berumur 8 tahun. Ia juga selaras dengan anjuran dari Tuhan yang mewajibkan ke atas pembelaan anak yatim. Malah dalam satu hadis terkenal Rasulullah menyebut bahawa ; “ Aku dan pembela anak-anak yatim di dalam syurga dekatnya seperti 2 jari ini” - Mafhum Hadith - o Mengapa nama RAK dipilih Rumah : Lambang tempat perlindungan dan mendapatkan kasih sayang Anak Kesayangan : Anak-anak yatim dan fakir miskin serta anak-anak yang layak menerima zakat adalah anak-anak kesayangan Allah dan Rasul. Maka sesiapa yang mengasihi dan membela mereka mendapat ganjaran besar di sisi Allah dan Rasul. Mereka harus dianggap sebagai anak angkat yang diberikan kasih sayang dan pembelaan. Ini berdasarkan sebuah kisah di zaman Rasulullah SAW yang mana ketika baginda dalam perjalanan hendak menunaikan solat AidilFitri, ternampak baginda seorang kanak-kanak yang sedang menangis teresak-esak dan tidak gembira seperti kanak-kanak yang lain. Rupanya bila ditanya oleh oleh Rasulullah SAW, kanak-kanak itu sudah tiada ayah kerana syahid di medan juang. Akhirnya kanak-kanak bertuah ini diambil oleh Rasulullah SAW sebagai anak angkatnya. Begitulah sekali anak-anak yatim ini diambil berat dan perhatian oleh Rasulullah SAW. Ku : Kami ingin mengajak setiap orang merasakan bahawa anak-anak yatim ini merupakan tangungjawab bersama sebagai amanah yang harus dipikul bagi memastikan golongan ini terbela dunianya dan Akhiratnya. o Visi & Misi 1- Kami melihat generasi anak yatim adalah suatu golongan yang sebenarnya amat berpotensi untuk dibentuk menjadi asset yang tidak ternilai kepada Negara. Mereka ini jika digilap potensinya akan berpeluang menjadi pemimpin-pemimpin dimasa hadapan. 2- Di dalam program harian dan aktiviti anak-anak ini, ilmu-ilmu membangunkan jiwa dan insane ini sangat ditekankan. Bahkan mereka turut dilatih kea rah menjadi orang yang sangat peka membimbing kawan-kawan senasib sehinga boleh menjadi pakar motivasi dan kaunseling yang sangat diperlukan bagi membimbing para remaja. 3- Melalui RAK, kami mengharapkan setiap usaha dan kerja amal ini semakin menjadi budaya masyarakat Malaysia yang terkenal dengan keprihatinannya. o Pendidikan di RAK Aktiviti harian : 1-Kelas Pengajian dan Bimbingan Agama : Kelas Hafazan Al-Quran  Kelas Pengajian Ilmu Wahyu – Feqh, B Arab, Tafsir, Hadis, Sirah, Aqidah, Tasawuf, Khat  Kelas Praktikal Tajwid Dan Ilmu Al-Quran 2- Kelas Tuisyen Akademik :  Bahasa Malaysia  Bahasa English  Matematik, Sains, Sejarah Aktiviti mingguan :  Latihan Teori Dan Amali Keusahawanan  Kelab Bahasa Arab  Kelab Perbahasan Ilmiah  Latihan Syarahan Dan Motivator  Kelab Kemahiran Puteri ( Kelas Masakan/ Jahitan/Kraftangan )  Kelab Kemahiran Putera ( Kelas Komputer/ Latihan Pertukangan, Penternakan )  Praktikal Solat Dan Fardhu Ain UNTUK MAKLUMAT TAMBAHAN BOLEH LAYARI : www.anakkesayanganku.com UNTUK MENGHUBUNGI RUMAH ANAK KESAYANGANKU : No HP: 013- 636 4956 / 019 - 239 9313 - No Tel : 03 6020 1358 Fax: 03 6020 1366 Email: rumahanakkesayanganku@yahoo.com